Tuesday, May 6, 2014

assalam..
Rasa boring rasa bosan lah pulak hari ini. tetiba pulak rasa nak menulis sikit.aku pon tak tahu nak cerita pasal apa. dari pagi pergi kelas jalan kaki and balik rumah naik bas kontot. macam biasa kerja rutin harian balik kelas terus masak nasi yang semalam punya untuk alas perut. dalam bosan-bosan tak tahu nak makan apa tiba-tiba datang resepi ibu yang digelar nasi kicap atau nasi goreng kicap..

entah macam mana mengada aku datang. aku panaskan nasi putih semalam pakai kukus. kicap tu pulak aku mix kan aku campur kicap cair+ kicap pekat+halba+halia+gula+cube ayam+sos tiram+sos bbq+ garam.lepas tu aku terus kukus sekali.

sambil menunggu masak nasi aku layan si kucing aku Moneng n Goldy.sampai dapat upah dari dorang dua cakaran kucing kurang ajar. habis tangan aku ni jadi bahan cakar kot.

maka tibs masa masak time..huhuhuhuhuhu
feveret bedal membedal sendiri. masuk kan nasi dalam kuali, tapi sebelum tu minyak dulu. lepas tu letak bahan campuran kicap td..   kacau kacau kacau gaul gaul gaul               sampai nasi sebati dengan kicap dan kicap sebati dengan nasi lepas tu pecahkan telur dalam gorengan tadi n goreng sampai telur kering..

tengah masak tu lah bising kucing datang. try lah bagi 4 sudu nasi aku tu tadi. sungguh tak sangka dorg makan sampai habis.

Sunday, February 9, 2014

indah menjanjikan sengketa

aku tak kuat,
dia bijak,
aku baru bina kekuatan..
dia bina kelemahan aku...

sungguh aku geram!!!!

berulang kali dia berjaya jauhkan aku dari syahdu lembut y nyaman..
berulang kali aku mendapatkan keindahan purnama
beribu kali dia tarik aku

aku ditarik
aku mengikut..

bila aku nak melawan?
bila aku jauhkan dia lagi?

aku cari ksunyian untuk dapatkan kenikmatan...
aku cari peneman untuk islahkan aku
aku cari mawar untuk hiasi taman ku
aku cari damai untuk bentukkan aku

tapi dia......
dia bagi aku nikmat sengketa..
dia buat aku tenggelam dalam hinaan
dia buat aku rasa nikmat yang menjajikan aku sengketa..

mana aku harus lari?
apa aku buat?
aku mencari?
aku berusaha?

dimana?
dimana?
 mengapa aku kau cari kawan mu?
mengapa aku yang kau cari?
dimana langkah aku..
disitu kau ada..
dimana aku berdiri...
disitu kau pon ada
aku berbisik..
kau berbisik jua..

sungguh hebat kau..

nafsu!!!!
kau perdayakan aku...
kau umpan aku dengan kemanisan yang kononnya indah..
kau melekakan aku begitu asyik..
lena aku dilamun pujuk rayumu...

Friday, January 10, 2014

rasa madu.jangan dilupa sebelom madu



CINTA

Dulu sibuk cerita pasal cinta..bukan dulu je,sekarang pon sama,,tp bila kita dah masok dalam nye,kite barang kali selalu lupa dengan ujian y akan kita dating,.selalu manusia akan selalu bersedia untuk terima kemanisan dalam percintaan.
tapi,,,

krik krikk krrrriikkk,,,
ramai orang,pasangan,manusia, or y seumpanya jarang nak bersedia umtuk terkena pahit dalam cinta itu sendiri,itu lah punca nye kita y baru nk Up..ble dating je perkara sedemekian rupa terus mudah nak melatah,nak melenting,nak apa-apa je lah berknaan dengannya..
so,,
pada saya,ana,aku,gua,wa dan seumpanya.bila bercinta tu,pegang lah cinta pada yang pmberi perasaan cinta terhadap kita,perasaan cinta memeang lah wujud tanpa kita minta.tapi kena ingat wahai ciptaan yang diberikan cinta (makhluk/manusia).jangankan disebabkan perasaan cinta tu tadi membuatkan kita jadi monyet.jangankan disebabkan cinta itu tadi kita buta,
sungguhpun…
cinta itu kalau diteliti betul-betul,unik ALLAH jadikan,,,,dari kita tidak kenal manusia,kita dapat kenal manusia,dari asal nye kite celik,boleh pulak bertukar jadi buta,atau dari kita buta boleh bertukar pulak jadi celik,..

tapi,,

apa-apa pon y berlaku dalam percintaan.itu semua de hikmahnye..jangan mudah melatah dek kerana tidak bersama,jangan lari aqidah dek kerana putus cinta...jangan dikotorkan cinta itu..

kena  selalu ingat..bila datangnya cinta,,itu bermakna satu ujian hebat bagimu yang sedang dilamun kecintaan yang sedang bermain dengan cinta..

last type..

cinta datang unik asalnya,
lahir tanpa diduga,
CINTA AGUNG jangan sesekali lupa.
cinta manusia gunakan sebaiknya menuju kepada CINTA AGUNG


Tuesday, September 3, 2013

DURI RINDU

luka tidak dapat dilihat.
hati bisa dalam pedih diri.
indah tercipta dalam bertahan.
tubuh longlai dalam kesenyuman.

pedih bertambah perit.
ditambah tusukan duri.
hati makin layu.
melihat mekar cahaya dalam samar.

kaki melangkah tiada daya,
hanya langkahan fantasi yang tercipta,
mengejar dakapan syahdu indah,
menggenggam sebutir cita-cita.

dicabut halus setiap duri,
disimpan rapi dalam diri,
biar hati membengkak pedih,
kerna duri indah bermakna,


Thursday, April 11, 2013

samar dalam melangkah

hidup ini.
kadang-kadang tak semudah yang kita sangkakan.
nampak indah hanya di mata khayalan.
disetiap langkah tersembunyi duri-duri halus lagi pedih dalam melangkah mencari keindahan.
 tanpa langkah-langkah itu.
pasti tidak merasa nikmat keindahan itu.

dunia ini.
penuh bunga duri menyamar indah.
basah merah tangan jari jemari si pemetik bunga dek kerana helahnya.
bunga indah nun jauh.
perlu ke seberang memijak duri bisa tusuk ke dalam jiwa

penghuni dunia.
selalu keliru mencari keindahan dan kenikmatan .
pelbagai cara digunakan.
namun selalu tersungkur baring di atas duri.
dua kendahan yang berbeza.
yang kekal abadi.
yang kekal sementara.

rujukan dan ukuran sudah siap disediakan..
bergantung kepada penghuni mengukur.
bergantung kepada penghuni merujuk.

kuatlah!!!!
tabahlah!!!
 bersemangatlah!!!!

kerana cahaya yang kekal abadi sedang menanti disebalik redup awan hitam.
kenikmatan sedang menunggumu disebalik luka-lukamu sembuh..
perit,pedih,pilu,siksa tusukan duri itu hanya sementara dalam  melangkah mencari yang ABADI............

Wednesday, January 16, 2013

keringat kasih demi sinar kebahagiaan

keringat sebuah cahaya kehidupan
 sekujur tubuh 
tua tiada cukup daya
kepada bumi sumber rezeki
bagi menyinari kehidupan  

rumah usang menjadi tempat berlindung kepada 12 ahli,
sinar bahagia kekal bersinar,
menitis peluh sebelum sinar mentari
bagi mencari sesuap nasi
 senja mendatang
peluhmu mencucuri diri
demi sinar kepada ahli...

hari mu dibasahi linangan penat lesu,tanpa pernah keluh sedikit,mencari nafkah ahli tersayang,demi kejayaan anak-anak tanpa meminta minta,senja mu melayan keranah tanpa jemu sebagai pngubat luka dan penyeri diri.penat mu disinari kemanisan senyuman,tangisan mu disinari kebahagiaan penuh kesyukuran..
 

 
 

Friday, December 21, 2012

cahaya kenangan

Cahaya Kerinduan. mengimbas kembali kenanganku sebelum berjinak-jinak dalam bidang agama.



"Anis nanti habes sekolah nak sambung sekolah rendah mana?", tanya Cikgu Rafeah kepada ku.

"Saya ingat nak masuk sekolah menengah biasa je lah cikgu.."

    Cikgu Rafeah merupakan cikgu yang aku tidak berapat dengannya.tapi beliau amat  mengambil berat tentang aku walaupun beliau tidak mengajar di kelas aku sepanjang aku di Sekolah Kebangsaan Teluk Lipat(SKTL).semasa habes silibus pengajaran beliau selalu panggil aku belajar berzanji dengan beliau.hati ini berat sungguh nak mengikutinya,namum kerana jaga hati,aku turuti kata-kata belaiu.setiap hari beliau mengajar aku satu rawi beserta dengan lagu berzanji dalam bahasa melayu.

   "Anis,saya rasa baik awak masok sekolah arab.senang awak nanti dapat tahu belajar hukum-hukum,senang nak bagi ceramah.senang nak jadi artis".
beliau syorkan kepada aku untuk sekolah arab,pada masa tu aku tak tahu apa itu sekolah arab.tapi bila aku dengar jadi artis.macam ada rasa daya tarikan disitu.

"Anak saya pun ada yang jadi artis. Dia jadi artis kumpulan nada murni".

Pada masa tu kumpulan nada murni merupakan kumpulan yang agak glamour.aku pun terbuat muka tergamam tanpa disedari.
    
    "Insya Allah cikgu.tapi saya tak berapa minat dengan itu semua.nanti tak boleh nak bersukan",cara percakapanku bersuara manja.

    "Boleh je anis.siapa cakap tak boleh bersukan? boleh  saja takkanlah sekolah tu nak belajar je 24 jam.dalam sukan pon kita ada belajar.kita ajar badan kita jadi sehat".

           Kringggggg..kringggggggg..kringgggggg.........

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.kawan-kawan aku sudah siap mengemas beg untuk pulang dan kelas samua sudah dikemas dengan bersih.

            "Yyyeeee!!!!yyaaaahhhhoooo!!! yes ! dah balek!!!"

    Kalimah itu yang selalu kudengari setiap kali loceng itu bordering..
Semua kawan-kawanku apabila waktu sebegitu.tidak disuruh cikgu pun sudah beratur dengan kemas serta teratur.tapi masa waktu hendak masuk ke kelas dihari persekolah.semuanya bagaikan ular kena palu termasuklah aku sekali.itulah satu-satunya disiplin pelajar termasuk aku yang aku paling banggakan.

"Ok lah Anis,loceng dah bunyi tu.pergilah balek dulu.besok kita sambung rawi akhir ye", sambung beliau dan mengizinkan aku pulang ke rumah.

"Terima kaseh cikgu,besok pukul berapa pulak cikgu?", aku bertanya kepada beliau. Walaupun aku x suka apa yang aku belajar aku tetap buat-buat suka sebab jaga hati beliau. Namun begitu,beliau dapat tahu isi hatiku ini.

"Alah  kamu tu tanye je lebih,padahal tak berapa nak minat pon kan smua nie?". Kata-kata beliau itu membuat aku hanya menjawab dengan hanya sengeh dan senyum .

Beliau lah yang membuatkan aku tertarik dengan bidang agama.semua itu tidak akan kulupakan.sebelum beliau pergi ingin ku berjumpa dengannya.