Friday, December 21, 2012

cahaya kenangan

Cahaya Kerinduan. mengimbas kembali kenanganku sebelum berjinak-jinak dalam bidang agama.



"Anis nanti habes sekolah nak sambung sekolah rendah mana?", tanya Cikgu Rafeah kepada ku.

"Saya ingat nak masuk sekolah menengah biasa je lah cikgu.."

    Cikgu Rafeah merupakan cikgu yang aku tidak berapat dengannya.tapi beliau amat  mengambil berat tentang aku walaupun beliau tidak mengajar di kelas aku sepanjang aku di Sekolah Kebangsaan Teluk Lipat(SKTL).semasa habes silibus pengajaran beliau selalu panggil aku belajar berzanji dengan beliau.hati ini berat sungguh nak mengikutinya,namum kerana jaga hati,aku turuti kata-kata belaiu.setiap hari beliau mengajar aku satu rawi beserta dengan lagu berzanji dalam bahasa melayu.

   "Anis,saya rasa baik awak masok sekolah arab.senang awak nanti dapat tahu belajar hukum-hukum,senang nak bagi ceramah.senang nak jadi artis".
beliau syorkan kepada aku untuk sekolah arab,pada masa tu aku tak tahu apa itu sekolah arab.tapi bila aku dengar jadi artis.macam ada rasa daya tarikan disitu.

"Anak saya pun ada yang jadi artis. Dia jadi artis kumpulan nada murni".

Pada masa tu kumpulan nada murni merupakan kumpulan yang agak glamour.aku pun terbuat muka tergamam tanpa disedari.
    
    "Insya Allah cikgu.tapi saya tak berapa minat dengan itu semua.nanti tak boleh nak bersukan",cara percakapanku bersuara manja.

    "Boleh je anis.siapa cakap tak boleh bersukan? boleh  saja takkanlah sekolah tu nak belajar je 24 jam.dalam sukan pon kita ada belajar.kita ajar badan kita jadi sehat".

           Kringggggg..kringggggggg..kringgggggg.........

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.kawan-kawan aku sudah siap mengemas beg untuk pulang dan kelas samua sudah dikemas dengan bersih.

            "Yyyeeee!!!!yyaaaahhhhoooo!!! yes ! dah balek!!!"

    Kalimah itu yang selalu kudengari setiap kali loceng itu bordering..
Semua kawan-kawanku apabila waktu sebegitu.tidak disuruh cikgu pun sudah beratur dengan kemas serta teratur.tapi masa waktu hendak masuk ke kelas dihari persekolah.semuanya bagaikan ular kena palu termasuklah aku sekali.itulah satu-satunya disiplin pelajar termasuk aku yang aku paling banggakan.

"Ok lah Anis,loceng dah bunyi tu.pergilah balek dulu.besok kita sambung rawi akhir ye", sambung beliau dan mengizinkan aku pulang ke rumah.

"Terima kaseh cikgu,besok pukul berapa pulak cikgu?", aku bertanya kepada beliau. Walaupun aku x suka apa yang aku belajar aku tetap buat-buat suka sebab jaga hati beliau. Namun begitu,beliau dapat tahu isi hatiku ini.

"Alah  kamu tu tanye je lebih,padahal tak berapa nak minat pon kan smua nie?". Kata-kata beliau itu membuat aku hanya menjawab dengan hanya sengeh dan senyum .

Beliau lah yang membuatkan aku tertarik dengan bidang agama.semua itu tidak akan kulupakan.sebelum beliau pergi ingin ku berjumpa dengannya.