"Anis nanti habes sekolah nak
sambung sekolah rendah mana?", tanya Cikgu Rafeah kepada ku.
"Saya ingat nak masuk sekolah
menengah biasa je lah cikgu.."
Cikgu Rafeah merupakan cikgu yang
aku tidak berapat dengannya.tapi beliau amat
mengambil berat tentang aku walaupun beliau tidak mengajar di kelas aku
sepanjang aku di Sekolah Kebangsaan Teluk Lipat(SKTL).semasa habes silibus
pengajaran beliau selalu panggil aku belajar berzanji dengan beliau.hati ini
berat sungguh nak mengikutinya,namum kerana jaga hati,aku turuti kata-kata
belaiu.setiap hari beliau mengajar aku satu rawi beserta dengan lagu berzanji
dalam bahasa melayu.
"Anis,saya rasa baik awak masok
sekolah arab.senang awak nanti dapat tahu belajar hukum-hukum,senang nak bagi ceramah.senang
nak jadi artis".
beliau syorkan kepada aku untuk
sekolah arab,pada masa tu aku tak tahu apa itu sekolah arab.tapi bila aku dengar
jadi artis.macam ada rasa daya tarikan disitu.
"Anak saya pun ada yang jadi artis.
Dia jadi artis kumpulan nada murni".
Pada masa tu kumpulan nada murni
merupakan kumpulan yang agak glamour.aku pun terbuat muka tergamam tanpa
disedari.
"Insya Allah cikgu.tapi saya tak
berapa minat dengan itu semua.nanti tak boleh nak bersukan",cara percakapanku
bersuara manja.
"Boleh je anis.siapa cakap tak
boleh bersukan? boleh saja takkanlah
sekolah tu nak belajar je 24 jam.dalam sukan pon kita ada belajar.kita ajar
badan kita jadi sehat".
Kringggggg..kringggggggg..kringgggggg.........
Loceng sekolah berbunyi
menandakan waktu sekolah sudah tamat.kawan-kawan aku sudah siap mengemas beg
untuk pulang dan kelas samua sudah dikemas dengan bersih.
"Yyyeeee!!!!yyaaaahhhhoooo!!! yes
! dah balek!!!"
Kalimah itu yang selalu kudengari
setiap kali loceng itu bordering..
Semua kawan-kawanku apabila waktu
sebegitu.tidak disuruh cikgu pun sudah beratur dengan kemas serta teratur.tapi
masa waktu hendak masuk ke kelas dihari persekolah.semuanya bagaikan ular kena
palu termasuklah aku sekali.itulah satu-satunya disiplin pelajar termasuk aku
yang aku paling banggakan.
"Ok lah Anis,loceng dah bunyi
tu.pergilah balek dulu.besok kita sambung rawi akhir ye", sambung beliau dan
mengizinkan aku pulang ke rumah.
"Terima kaseh cikgu,besok pukul
berapa pulak cikgu?", aku bertanya kepada beliau. Walaupun aku x suka apa yang aku
belajar aku tetap buat-buat suka sebab jaga hati beliau. Namun begitu,beliau
dapat tahu isi hatiku ini.
"Alah kamu tu tanye je lebih,padahal tak berapa nak
minat pon kan smua nie?". Kata-kata beliau itu membuat aku hanya menjawab dengan
hanya sengeh dan senyum .
Beliau lah yang membuatkan aku tertarik dengan bidang agama.semua itu tidak akan kulupakan.sebelum beliau pergi ingin ku berjumpa dengannya.
No comments:
Post a Comment