hidup ini.
kadang-kadang tak semudah yang kita sangkakan.
nampak indah hanya di mata khayalan.
disetiap langkah tersembunyi duri-duri halus lagi pedih dalam melangkah mencari keindahan.
tanpa langkah-langkah itu.
pasti tidak merasa nikmat keindahan itu.
dunia ini.
penuh bunga duri menyamar indah.
basah merah tangan jari jemari si pemetik bunga dek kerana helahnya.
bunga indah nun jauh.
perlu ke seberang memijak duri bisa tusuk ke dalam jiwa
penghuni dunia.
selalu keliru mencari keindahan dan kenikmatan .
pelbagai cara digunakan.
namun selalu tersungkur baring di atas duri.
dua kendahan yang berbeza.
yang kekal abadi.
yang kekal sementara.
rujukan dan ukuran sudah siap disediakan..
bergantung kepada penghuni mengukur.
bergantung kepada penghuni merujuk.
kuatlah!!!!
tabahlah!!!
bersemangatlah!!!!
kerana cahaya yang kekal abadi sedang menanti disebalik redup awan hitam.
kenikmatan sedang menunggumu disebalik luka-lukamu sembuh..
perit,pedih,pilu,siksa tusukan duri itu hanya sementara dalam melangkah mencari yang ABADI............
No comments:
Post a Comment